Friday, December 18, 2009
PROGRAM AS-SYURA -JANUARI.2010
Keputusan telah diambil pada hari khamis malam jumaat (17.Disember.2009) melalui perjumpaan khas bertempat di Qiraati Al-Hasnan dan ketetapan adalah seperti berikut:-
1. PROGRAM : AS-SYURA ( 2 KAWAH )
2. TARIKH : 07hb.JANUARI.2010
3. HARI : KHAMIS MALAM JUMAAT
4. MASA : BERMULA JAM 09.00 MALAM HINGGA SELESAI.
5.PENGLIBATAN : SEMUA KELUARGA TAMAN
6.SUMBANGAN : BUDI BICARA MASING-MASING
7.ANGGARAN KOS: RM 600
DIHARAPKAN PROGRAM JULUNG KALI INI DAPAT KERJASAMA YANG PADU DARI SELURUH WARGA TAMAN.
Tuesday, December 8, 2009
Sunday, November 29, 2009
Majlis Silaturrahim Korban Perdana meriah
semua yang menjayakan program Silaturrahim Korban Perdana yang diadakan pada hari raya haji ke dua bertempat di perkarangan Taman Paduka.
Pengerusi Taman Zaki Zakaria bersama AJK Taman merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.
Walaupun hujan di tengahari,namun persiapannya sempat disediakan dan ia berjalan lancar pada sepanjang hari.
Sunday, November 22, 2009
JAMUAN MAKAN SEMPENA HARI KORBAN KEDUA
TAMAN KITA AKAN MENGADAKAN PROGRAM KORBAN PERDANA PADA
HARI SABTU - 28hb.NOVEMBER.2009 / 11.Zulhijah.1430H
BERMULA JAM 01 TGH - 06 PTG
SESIAPA YANG INGIN MEMBERI SUMBANGAN WANG BAGI MENAMPUNG PERBELANJAAN HARI TERSEBUT BOLEH HUBUNGI...TUAN NOR @ CIKGU MAN @ CIKGU DIN...
TARIKH TUTUP SUMBANGAN IALAH 25hb.NOVEMBER...
TERIMA KASIH
Monday, November 16, 2009
KORBAN PERDANA
PESERTA KORBAN DIMINTA BERKUMPUL DI PERKARANGAN
GELANGGANG BADMINTON TAMAN PADA JAM 6.30 PAGI TEPAT
SILA BAGI KERJASAMA ANDA.....
Saturday, October 31, 2009
KORBAN PERDANA -RAYA HAJI KEDUA
MAKLUMAN....
PROGRAM KORBAN PERDANA AKAN DIADAKAN PADA HARI RAYA HAJI KEDUA.
SEBANYAK DUA EKOR LEMBU AKAN DIKORBANKAN
KINI MASIH TERDAPAT SATU BAHAGIAN YANG KOSONG...
SAPA-SAPA NAK JOINT TU MASIH ADA PELUANG LAGI...
HARGANYA RM350.00
Sunday, September 13, 2009
Tuesday, September 8, 2009
Thursday, September 3, 2009
AWAS !!!! VIRUS MERBAHAYA KINI MENYERANG MANUSIA
Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.
Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk
mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
Individu berusia 65 tahun dan ke atas
Kanak-kanak dan remaja (<>
Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair.
Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam. Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Situasi semasa Influenza A(H1N1)(Setakat 2 September 2009, jam 9.00 pagi)
Kes Kematian : TiadaJumlah Kematian : 72
Dimaklumkan sehingga 2 September 2009 jam 9.00 pagi, sejumlah 87 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 160 kes telah didiscaj. Ini menjadikan baki seramai 1,238 pesakit ILI sedang dirawat di 106 buah hospital termasuk 12 hospital swasta di seluruh negara. Dari jumlah ini, seramai 264 pesakit (21.3%) yang telah disahkan positif H1N1.
Daripada 264 kes yang disahkan H1N1, 39 kes berada di ICU di mana 2 kes merupakan kemasukan baru, sementara 9 lagi kes telah keluar dari ICU. Daripada 39 kes yang sedang dirawat di ICU, 29 (74%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (11), obesiti (8), kanak-kanak/bayi (4), post-natal/hamil (2), penyakit jantung (2) dan asma (2).
Untuk makluman, tiada kematian baru yang disahkan akibat jangkitan influenza A(H1N1) didaftarkan pada hari ini.
TULISAN :
DR ROSDI RAMLI
PAKAR PERUNDING ORL
HRPZ II KOTA BHARU
2 SEPT 2009
SUMBER :
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Monday, August 24, 2009
Gotong Royong di Taman Paduka
Wednesday, August 19, 2009
PROGRAM GOTONG ROYONG
Untuk makluman semua, Program Gotong Royong akan diadakan di persekitaran Taman Paduka seperti berikut:-
1. HARI JUMAAT
2. MASA : 0730 PAGI HINGGA 1000 PAGI
3. TARIKH: 21HB.OGOS.2009
4. JAMUAN PAGI DISEDIAKAN
Pakat-pakatlah kita keluar beramai-ramai demi kebersihan persekitaran Taman Paduka
terima kasih
Wednesday, June 17, 2009
AWAS!!!Kolesterol menyerang anda.

HIPERKOLESTEROLEMIA (TINGGI LEMAK DALAM DARAH)
PENGENALAN
KOLESTEROL adalah sejenis lemak putih daripada makanan berasaskan haiwan sahaja dan bukan dari tumbuhan. Kepentingan kolesterol kepada kehidupan kerana ianya berfungsi menyelaputi organ-organ di tubuh. Paras kolesterol di dalam darah dipengaruhi oleh jumlah pengambilan makanan, jumlah lemak dan jenis lemak yang dimakan. Pengambilan kolesterol sepatutnya tidak melebihi 300mg sehari.
KOLESTEROL, DARAH TINGGI, SERANGAN JANTUNG
Kadar kolesterol yang tinggi di dalam darah akan menggalakkan mendapan lemak di bahagian dinding saluran darah menyebabkan ianya menjadi sempit dan seterusnya menyekat peredaran darah kesemua organ termasuk jantung.
CARA MENURUNKAN KOLESTEROL DARAH
1. Makan pelbagai jenis makanan setiap hari termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, mee, roti, daging,ayam, makanan laut, jenis kerang, susu dan kekacang.
2. Kekalkan berat badan yang sesuai mengikut BMI (Body Mass Index)
3. Kurangkan pengambilan jumlah lemak
a. Pilih daging tanpa lemak dan ayam serta elakkan potongan berlemak.
b. Buangkan lemak daripada daging sebelum memasak dan kulit ayam dibuang sebelum memasak.
c. Selepas memasak sup berlemak (ayam atau daging), sejukkan, masukkan dalam peti sejuk sehingga lemak membeku di permukaan. Buangkan kesemua lemak. Panaskan semula dan hidangkan.
d. Pilih susu skim atau tanpa lemak dan hasil tenusu rendah lemak seperti yogurt dan keju rendah lemak.
e. Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak.
f. Guna kaedah memasak seperti mendidih, stew,kukus, panggang dan bakar bagi menggantikan cara goring.
4. Kurangkan pengambilan lemak tepu
a. Pengambilan telur ayam dan itik, buah pinggang, otak dan makanan laut seperti udang, ketam dan sotong.
b. 2-3 biji telur kuning seminggu dan makanan laut sekali seminggu.
c. Jangan guna minyak sapi dan mentega. Gantikan dengan jumlah sederhana minyak sayuran, minyak kacang soya,minyak zaitun, minyak jagung, minyak kelapa sawit dan marjerin lembut dari minyak sayuran.
d. Kurangkan penggunaan santan dan kelapa dalam masakan. Gantikan dengan susu skim atau susu rendah lemak.
5. Tingkatkan pengambilan serat dalam diet.
a. Tukarkan dari roti putih kepada roti dan biskut jenis ‘wholemeal’.
b. Tambahkan pengambilan dhal dan kekacang.
c. Tambahkan hidangan sayur-sayuran dan ulam kepada sekurang-kurangnya setengah cawan setiap kali hidangan.
SENARAI KANDUNGAN KOLESTEROL DALAM MAKANAN
| MAKANAN (100G) | KOLESTEROL (MG) |
| Otak | 800 |
| 1 biji telur itik | 243 |
| 1 biji telur ayam | 141 |
| Ikan bilis (kepala dan perut) | 323 |
| Hati | 353 |
| Udang segar | 70 |
| Sotong segar | 111 |
| Ketam (isi) | 89 |
| Daging ayam dan kulit | 72 |
| Ikan bilis (bersih) | 58 |
| Daging kambing | 63 |
| Daging lembu | 71 |
| Kerang | 43 |
| Ikan kembung | 61 |
| Ikan tenggiri | 3 |
| Ikan kurau | 4 |
Rujukan : Unit Pendidikan Pesakit dan Unit Perkhidmatan Makanan HRPZ II Kota Bharu, Kelantan.
Tulisan : Dr Rosdi b. Ramli, Pakar Perunding ORL HRPZ II
Thursday, May 28, 2009
AJK Bermesyuarat kali pertama-28hb.05.2009

Salam...
Untuk makluman semua, Ahli Jawatankuasa Taman telah berjaya mengadakan mesyuarat Taman bertempat di rumah Setiausaha, Walau bagaimanapun, Pengerusi dan Ketua Biro Riadah tidak dapat hadir di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Timbalan Pengerusi ( Dr.Rosdi) telah mengambil alih mesyuarat yang bermula jam 930 malam.
Banyak perkara yang telah dapat kita selesaikan seperti berikut:-
1. Bersetuju untuk membuat pungutan bulanan RM5 sahaja, AJK berharap semua ahli dapat membuat pembayaran secepat yang boleh demi kebaikan bersama.
2. Pihak Biro Kebajikan akan menyalurkan sumbangan kepada beberapa keluarga ahli yang bersalin dan masuk ward secepat mungkin.
3. AJK juga berharap kepada sesiapa yang ingin turut sama dalam majlis Korban Perdana bolehlah membuat bayaran secara bulanan atau memberi nama terlebih dahulu dan setakat ini telah berjaya untuk korban seekor lembu.
4. AJK juga akan membuat satu mesyuarat khas berkaitan majlis Gotong Royong yang akan diadakan pada 13hb.Jun2009 bersamaan hari sabtu dan mesyuarat khas akan diadakan pada 10hb.jun bersamaan malam rabu dan tempat akan diberitahu kemudian.
5. AJK juga berharap semua penduduk taman menggunakan halaman blog tamanpaduka.blogspot.com untuk maklumat terkini perkembangan aktiviti taman.
SEKIAN, sepintas lalu untuk makluman semua.
Saturday, May 23, 2009
Senarai Nama Penghuni Taman
| Bil | Nama | No Talipon |
| 1 | Abdul Aziz Mohd Zin | 013-9285455 |
| 2 | Abdul Jalil Abd Rashid | 016-5291813 |
| 3 | Abdul Rahim Ghazali | 019-9392583 |
| 4 | Abdullah Daud | 019-4795713 |
| 5 | Abdullah Omar | 012-9513874 |
| 6 | Ahmad Siddiki | 09-7471661 |
| 7 | Azhan Abdul Rahman | 012-9638011 |
| 8 | Haji Abdul Ghani Haji Mohd Noor | 013-9357730 |
| 9 | Jazimin Yaacob | 013-9466942 |
| 10 | Md Shafii Sidek | 013-9235708 |
| 11 | Mohd Shaharin Mohd Zin | 014-8143132 |
| 12 | Mohd Tarmizi Kalikuzzaman | 019-9075252 |
| 13 | Muhd Zaki Mohd Nor | 017-9786263 |
| 14 | Najimuddin Mustapha | 013-9239499 |
| 15 | Pairul Azaha Ali | 013-9230216 |
| 16 | Rosdi Ramli | 012-9561791 |
| 17 | Rozman Mohd Zin | 013-9596219 |
| 18 | Semarah Zainal Abidin | 019-9851150 |
| 19 | Tuan Mohd Nor Tuan Yahya | 013-9263421 |
| 20 | Yaacob Musa | 013-9355200 |
| 21 | Zainal Abidin Ahmad | 013-9805880 |
| 22 | Zakaria Husin | 013-9300199 |
| 23 | Zaki Zakaria | 019-9585511 |
| 24 | ||
Tuesday, May 19, 2009
APA DAH JADI DENGAN PERSATUAN TAMAN ???

SALAM UNTUK SEMUA PENGHUNI TAMAN..
SAYA AMAT DUKACITA DI ATAS KURANGNYA SAMBUTAN TERHADAP CADANGAN YANG K ITA SAMA-SAMA BERSETUJU UNTUK MEMBUAT PUNGUTAN SECARA BULANAN BERJUMLAH RM5.00 BAGI MENAFAAT BERSAMA.
NAMUN SEHINGGA KE HARI INI..19.MEI.2009, HANYA 2 TUAN RUMAH YANG MEMBUAT SUMBANGAN TERSEBUT.
DI MANAKAH SEMANGAT KEJIRANAN KITA SEMUA...
SAMA-SAMALAH KITA FAHAM AKAN HASRAT KITA NI.
Wednesday, April 15, 2009
Dari : Biro Kebajikan Taman

Melalui ruangan ini,saya ingin memaklumkan seperti berikut:-
1. Menerima kelahiran anak
a - Cikgu Zaki - Blok A
b - Jazimin - Blok B
2. Anak masuk ward di HUSM
a. Cikgu Rahim - Taman Puteri
b. Khairul Azhar - Blok B
*** Kedua-dua mereka telah keluar ward dan berada di rumah masing-masing.
Sekian,Terima Kasih
Sunday, April 5, 2009
Warga Taman Bermesyuarat kali pertama-2009
Sebahagian yang hadir di majlis mesyuarat kali pertama
Asyik mendengat taklimat dari Pengerusi
Warga Taman sedang bermesyuarat
Setiausaha bersama Bendahari - Wan Nazimuddin
Setiausaha Taman - Tuan Mohd Nor sedang mencatit minit mesyuarat
Dr.Rosdi beri tumpuan dalam mesyuarat
Khairul Azhar dan Cikgu Rahim turut sama
Dr.Rosdi (Timbalan Pengerusi bersama Zaki Zakaria-Pengerusi
Zakaria ,Jazimin dan Aziz
banyak makanan dihidangkan
Warga Penduduk Taman -nikmati jamuan ringan
Wednesday, April 1, 2009
Mesyuarat Khas Penduduk Taman Paduka & Taman Puteri
Sambutan Maulidurrasul di Taman Paduka

Assalamualaikum...
Sebahagian aktiviti penduduk Taman Paduka dan Taman Puteri yang diadakan sempena
sambutan Maulidurasul di Taman yang diadakan di perkarangan Gelanggang Badminton.
Bagi pihak Jawatankuasa memohon maaf sekiranya ada yang tak sempat menikmati juadah yang disediakan..
hari tu..dah disembelihkan seekor lembu, 20 ekor ayam, 10 kilo ikan..kiranya dah banyak tu..
Laporan gambar adalah dalam Akhbar Sinar Harian.
Terima kasih
Saturday, March 14, 2009
Sambutan Maulidurrasul eratkan silaturahim penduduk taman


















TAMAN PADUKA: Kehadiran bulan Rabiulawal sememangnya dinanti oleh umat Islam, begitu juga di Taman Paduka Pasir Tumboh.
Sambutan yang diadakan pada setiap tahun tersebut sekali lagi diadakan pada 14.Mac,.2009 bertempat di perkarangan Taman Paduka dengan penuh meriah. Program bermula selepas solat zohor dengan tahlil, bacaan berzanji dan selawat yang diketua oleh Imam Mukim Kampung Parit, lebih dikenali dengan Tok Imam PA.
Tetamu dihidangkan dengan jamuan nasi Sup dan Ulam-ulaman turut diiringi oleh hujan dan memaksa tetamu menikmati jamuan secara berselerak.
Sikap bekerjasama antara penduduk jelas terpapar disetiap warga Taman Paduka seperti dalam foto yang ada di sini.
































