Majlis Assyura 07hb.Januari.2010 / 21.Muharram.1431H

Saturday, March 14, 2009

Sambutan Maulidurrasul eratkan silaturahim penduduk taman




















TAMAN PADUKA: Kehadiran bulan Rabiulawal sememangnya dinanti oleh umat Islam, begitu juga di Taman Paduka Pasir Tumboh.

Sambutan yang diadakan pada setiap tahun tersebut sekali lagi diadakan pada 14.Mac,.2009 bertempat di perkarangan Taman Paduka dengan penuh meriah. Program bermula selepas solat zohor dengan tahlil, bacaan berzanji dan selawat yang diketua oleh Imam Mukim Kampung Parit, lebih dikenali dengan Tok Imam PA.

Tetamu dihidangkan dengan jamuan nasi Sup dan Ulam-ulaman turut diiringi oleh hujan dan memaksa tetamu menikmati jamuan secara berselerak.

Sikap bekerjasama antara penduduk jelas terpapar disetiap warga Taman Paduka seperti dalam foto yang ada di sini.

Friday, March 13, 2009

Gotong Royong masih utuh di Taman Paduka









Sebahagian gambar semasa program gotong royong di kawasan permainan untuk majlis maulidurrasul pada 14.03.09

Tuesday, March 10, 2009

Majlis Sambutan Maulidurrasul 1430 Hijrah

Salam untuk semua...

Taman Paduka akan mengadakan majlis seperti berikut:-

1. Majlis Sambutan Maulidurrasul

2. Tarikh 14hb.Mac.2009 bersamaan 17.Rabiuawal.1430 Hijrah

3. Masa : Bermula jam 12.30 tengahari hingga 04.00 Petang.

Oleh itu, diharapkan semua warga Taman Paduka dapat sama-sama hadir dalam majlis tersebut dan ia akan diadakan di Perkarangan Taman Paduka.

Untuk majlis ini, diharapkan Doktor Rosdi dapat menyediakan kamera untuk merakamkan majlis tersebut dan gambar itu akan dimuatkan dalam blog ini untuk tatapan semua.

terima kasih

Selamat Datang ke halaman Taman Paduka


Assalamualaikum...

Alhamdullullah, Syukur kepada Allah kerana telah memberi ilham untuk menggunakan kemudahan teknologi maklumat yang semakin rancak masa kini iaitu penggunaan blog sebagai penyebar maklumat.

Kepada rakan-rakan di Taman Paduka ini bolehlah menghantar berita atau pandangan untuk sama-sama meningkatkan ruangan ini bagi sebaran umum.

Akhir sekali kepada sesiapa yang ingin menggunakan ruangan ini bolehlah hubungi saya untuk mengakseskannya.


Sekian, Terima kasih

Sekitar Majlis Silaturrahim Korban Perdana-2009/1430H

sekitar majlis berbuka puasa 2009/1430H

Gotong royong sambut Ramadhan 1430H/2009

Gotong Royong Sempena Maulidur Rasul 2008