Majlis Assyura 07hb.Januari.2010 / 21.Muharram.1431H

Thursday, May 28, 2009

AJK Bermesyuarat kali pertama-28hb.05.2009


Salam...

Untuk makluman semua, Ahli Jawatankuasa Taman telah berjaya mengadakan mesyuarat Taman bertempat di rumah Setiausaha, Walau bagaimanapun, Pengerusi dan Ketua Biro Riadah tidak dapat hadir di atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Timbalan Pengerusi ( Dr.Rosdi) telah mengambil alih mesyuarat yang bermula jam 930 malam.

Banyak perkara yang telah dapat kita selesaikan seperti berikut:-

1. Bersetuju untuk membuat pungutan bulanan RM5 sahaja, AJK berharap semua ahli dapat membuat pembayaran secepat yang boleh demi kebaikan bersama.

2. Pihak Biro Kebajikan akan menyalurkan sumbangan kepada beberapa keluarga ahli yang bersalin dan masuk ward secepat mungkin.

3. AJK juga berharap kepada sesiapa yang ingin turut sama dalam majlis Korban Perdana bolehlah membuat bayaran secara bulanan atau memberi nama terlebih dahulu dan setakat ini telah berjaya untuk korban seekor lembu.

4. AJK juga akan membuat satu mesyuarat khas berkaitan majlis Gotong Royong yang akan diadakan pada 13hb.Jun2009 bersamaan hari sabtu dan mesyuarat khas akan diadakan pada 10hb.jun bersamaan malam rabu dan tempat akan diberitahu kemudian.

5. AJK juga berharap semua penduduk taman menggunakan halaman blog tamanpaduka.blogspot.com untuk maklumat terkini perkembangan aktiviti taman.

SEKIAN, sepintas lalu untuk makluman semua.

No comments:

Post a Comment

Sekitar Majlis Silaturrahim Korban Perdana-2009/1430H

sekitar majlis berbuka puasa 2009/1430H

Gotong royong sambut Ramadhan 1430H/2009

Gotong Royong Sempena Maulidur Rasul 2008