Majlis Assyura 07hb.Januari.2010 / 21.Muharram.1431H

Wednesday, June 17, 2009

AWAS!!!Kolesterol menyerang anda.


HIPERKOLESTEROLEMIA (TINGGI LEMAK DALAM DARAH)

PENGENALAN

KOLESTEROL adalah sejenis lemak putih daripada makanan berasaskan haiwan sahaja dan bukan dari tumbuhan. Kepentingan kolesterol kepada kehidupan kerana ianya berfungsi menyelaputi organ-organ di tubuh. Paras kolesterol di dalam darah dipengaruhi oleh jumlah pengambilan makanan, jumlah lemak dan jenis lemak yang dimakan. Pengambilan kolesterol sepatutnya tidak melebihi 300mg sehari.

KOLESTEROL, DARAH TINGGI, SERANGAN JANTUNG

Kadar kolesterol yang tinggi di dalam darah akan menggalakkan mendapan lemak di bahagian dinding saluran darah menyebabkan ianya menjadi sempit dan seterusnya menyekat peredaran darah kesemua organ termasuk jantung.

CARA MENURUNKAN KOLESTEROL DARAH

1. Makan pelbagai jenis makanan setiap hari termasuk sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, mee, roti, daging,ayam, makanan laut, jenis kerang, susu dan kekacang.

2. Kekalkan berat badan yang sesuai mengikut BMI (Body Mass Index)

3. Kurangkan pengambilan jumlah lemak

a. Pilih daging tanpa lemak dan ayam serta elakkan potongan berlemak.

b. Buangkan lemak daripada daging sebelum memasak dan kulit ayam dibuang sebelum memasak.

c. Selepas memasak sup berlemak (ayam atau daging), sejukkan, masukkan dalam peti sejuk sehingga lemak membeku di permukaan. Buangkan kesemua lemak. Panaskan semula dan hidangkan.

d. Pilih susu skim atau tanpa lemak dan hasil tenusu rendah lemak seperti yogurt dan keju rendah lemak.

e. Gunakan kuali tidak melekat untuk mengurangkan penggunaan minyak masak.

f. Guna kaedah memasak seperti mendidih, stew,kukus, panggang dan bakar bagi menggantikan cara goring.

4. Kurangkan pengambilan lemak tepu

a. Pengambilan telur ayam dan itik, buah pinggang, otak dan makanan laut seperti udang, ketam dan sotong.

b. 2-3 biji telur kuning seminggu dan makanan laut sekali seminggu.

c. Jangan guna minyak sapi dan mentega. Gantikan dengan jumlah sederhana minyak sayuran, minyak kacang soya,minyak zaitun, minyak jagung, minyak kelapa sawit dan marjerin lembut dari minyak sayuran.

d. Kurangkan penggunaan santan dan kelapa dalam masakan. Gantikan dengan susu skim atau susu rendah lemak.

5. Tingkatkan pengambilan serat dalam diet.

a. Tukarkan dari roti putih kepada roti dan biskut jenis ‘wholemeal’.

b. Tambahkan pengambilan dhal dan kekacang.

c. Tambahkan hidangan sayur-sayuran dan ulam kepada sekurang-kurangnya setengah cawan setiap kali hidangan.

SENARAI KANDUNGAN KOLESTEROL DALAM MAKANAN

MAKANAN (100G)

KOLESTEROL (MG)

Otak

800

1 biji telur itik

243

1 biji telur ayam

141

Ikan bilis (kepala dan perut)

323

Hati

353

Udang segar

70

Sotong segar

111

Ketam (isi)

89

Daging ayam dan kulit

72

Ikan bilis (bersih)

58

Daging kambing

63

Daging lembu

71

Kerang

43

Ikan kembung

61

Ikan tenggiri

3

Ikan kurau

4

Rujukan : Unit Pendidikan Pesakit dan Unit Perkhidmatan Makanan HRPZ II Kota Bharu, Kelantan.

Tulisan : Dr Rosdi b. Ramli, Pakar Perunding ORL HRPZ II Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Sekitar Majlis Silaturrahim Korban Perdana-2009/1430H

sekitar majlis berbuka puasa 2009/1430H

Gotong royong sambut Ramadhan 1430H/2009

Gotong Royong Sempena Maulidur Rasul 2008