Tuesday, August 7, 2012
MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA TAMAN MERIAH
Kesepakatan penduduk di Taman Paduka semakin terserlah dengan adanya pelbagai program yang dilaksanakan.
Sempena Bulan Ramadhan tahun ini, satu majlis berbuka puasa telah diadakan pada hari cuti Nuzul Quran - 17.Ramadhan @ 6.Ogos.2012 bertempat di perkarangan Taman.
Seramai 100 penghuni hadir dan turut diadakan majlis Tahlil serta Solat Maghrib berjemaah.
Saturday, August 4, 2012
Program Makan Colek rapatkan hubungan
Program Makan Colek yang diadakan dalam bulan Ramadhan 1433H kali ini menjadi satu
tempat merapatkan lagi hubungan silaturrahim penduduk Taman.
Di samping itu ia juga membolehkan warga taman bersantai sambil bertukar-tukar pandangan.
Di majlis yang sama satu keputusan untuk mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana Warga Taman telah dibuat dan ia akan diadakan pada Isnin 12.Ramadhan bersamaan 6.Ogos bertempat di perkarangan Taman Paduka.
Semua warga Taman dijemput sama-sama memeriahkan majlis tersebut dan dijangka akan dihadiri 100 penduduk.
Thursday, August 2, 2012
PROGRAM MAKAN COLEK WARGA TAMAN
ADALAH DIMAKLUMKAN PROGRAM MAKAN COLEK WARGA TAMAN AKAN DIADAKAN PADA
3hb.OGOS.2012 BERMULA JAM 10.30 MALAM BERTEMPAT DI PERKARANGAN GELANGGANG BADMINTON..
SEMUA PENGHUNI DIJEMPUT SAMA-SAMA MEMERIAHKAN PROGRAM INI.
Subscribe to:
Posts (Atom)














